top of page

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI POLITEKNIK PERINGKAT ZON UTARA

​

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

 

  • Jumlah maksimum peserta dalam setiap kumpulan adalah seramai TIGA ORANG sahaja.

 

  • Penciptaan Projek Inovasi dalam pertandingan ini MESTI PROJEK BARU. Jika sekiranya projek tersebut telah atau pernah dipertandingkan, pengubahsuaian terhadap projek tersebut perlu dilakukan.

 

  • Peserta boleh mendaftar hanya SATU (1) kategori pertandingan sahaja untuk satu projek inovasi.

  • Kategori pertandingan adalah : 

Kategori 1: Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewal Technology)
Kategori 2: Pengurusan Sisa (Waste Management) berkonsepkan 3R (Reduce, Reuse and Recycle)

 

  • Keputusan pertandingan akan ditentukan oleh Panel Juri yang dilantik dan akan dimaklumkan semasa penyampaian hadiah. .

 

  • Setiap penyertaan adalah dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 50 (Ringgit Malaysia: LIMA PULUH SAHAJA). Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan.

​

  • Pembayaran perlu dibuat melalui no akaun 86-0096165-0 (CIMB)

 

 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

 

Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 24 Februari 2017.

bottom of page